my followers

Monday 28 November 2011

ttup buku lama...buka buku baru

assalamualaikum..

salam MAAL HIJRAH :)
permulaan tahun baru...
berharap akan ada sinar dalam kehidupan..
berharap agar kebahagiaan datang menjelma..
juga berharap tidak akan lemah dalam menghadapi ujian yg ditimpakanNya...

permulaan tahun baru...
disambut dengan ketenangan di dalam hati...
apa yg terjadi sebelum ini...
meskipun sukar untuk dilupakan..
tetapi akan aku jadikan apa yg berlaku sebelumnya..
sebagai panduan dan pengalaman yg mematangkan diriku..

permulaan tahun baru...
masih xdapat menghalang diri utk terus melupakan yg telah berlaku..
masih xdapat menghalang diri dari terus menangis..
aku menangi bukan kerana mengeluh..
cuma utk mencari sedikit kekuatan..
utk aku terus tabah menghadapi apa sahaja
yang bakal berlaku dalam tahun baru ini..

"buku lama jangan dibuang..simpanlah sebaiknya dan ada kala kita perlu membukanya semula..utk melihat apa yg perlu diperbaiki..apa yang perlu diambil sebagai pengajaran dan adakala buku lama itulah yang dapat memberi kita kekuatan utk mengukir kehidupan yang lebih baik dalam buku yang baru"
(nasihat dr sorang mmber..thanks :)

tahun baru ni..
aku memohon kepadaNya..
supaya jadikan aku seorang insan yang lebih tabah..
lindungilah diriku drpd segala dosa dan maksiat..
sucikanlah hatiku daripada perkara2 yg mungkar..
lindungilah mataku drpd pandangan yg buruk..
peliharalah lidahku drpd mmperkatakan perkara yg sia- sia..

"bersyukurlah dgn apa yg terjadi..Allah telah membuka jalan kepada kamu utk terus mendekatkan diri kepadaNya... 
dia menghalang diri kamu daripada terus hanyut dengan cinta manusia..
dia menjauhkan kamu drpd org itu supaya kamu berhenti mencintainya..
supaya kamu dapat memberi cintamu hanya kepada Allah..
Tuhan yang satu..
kerana cinta kepada Allah itu merupakan cinta yang membahagiakan..
cinta yang Abadi..
tiada cinta yang kekal melainkan cintaNya" ..(pesanan drpd ibu tercinta)
.
.
.
.
moga aku akan terus berada di landasan ini..
landasan untukku memulakan langkah yang baru
mencari cinta dan keredhaan Allah..
bukan lagi cinta kepada manusia..
kerana cinta kpd manusia amat menyakitkan..
kesilapan yg aku lakukan sebelum ini dengan mencintai manusia..
dan leka drpd mencintai Allah..
x akan aku ulangi lagi..

aku tidak takut utk jatuh cinta lagi..
kerana fitrah manusia ingin mencintai dan dicintai
tapi aku takutkan sekiranya cintaku kpdnya melekakan..
sehingga aku terlupa utk mencintai Allah dgn yg spatutnya..
dan aku hanya berserah kepadaNya..
perjalanan hidupku masih panjang..
so...
"watever will be..will be..
the future not ours to see".. :)



selamat menempuh tahun baru..
berusahalah utk menjadikan tahun ini tahun yg lebih baik drpd sblumnya..
dan tahun yg membawa seribu kebahagiaan kpd kita smua :)


Friday 25 November 2011

y.a.k.i.n

'jika kamu sayang seseorang...lepaskannya pergi utk kebahagiannya..jika dia dtg kembali.. dia adalah milik kamu smpai mati'

terbaca status sorang mmber dlam fb :)

assalamualaikum...

dear blog...statement atas tu...
mmbuatkan aku sedar dari kelalaianku...
kehidupanku sekarang seolah- olah tidak redha dgn ketentuan Allah..
seolah- olah aku tidak yakin dengan ketentuanNya..

dugaan ini...
kadang membuatkan aku lelah...
sentiasa menangis...
menjadi seorang yg lemah..
mana perginya kekuatan itu...

keputusan yg aku lakukan...
seharusnya aku redha..
merelakan dia pergi utk kebaikan dirinya...
utk kebahagiaan dirinya..
meskipun aku yg terluka..
namun semua keputusan telah kubuat...
aku perlu tabah menghadapinya...
perlu kuat utk menghadapi segalanya...

sememangnya perit...
tapi aku akan usaha jua utk bangun..
aku xpasti smpai bila aku mmpu utk melupakan semua ini..
namun demi sebuah kehidupan..
aku akan terus berusaha..



Wednesday 23 November 2011

hati menangis siapa yang tahu

assalamualaikum..


la tahzan...jgan bersedih...kata2 semangat ..masih mampu menunjukkan wajah yg ceria, wajah gembira n berlakon seolah tiada apa2 yg terjadi tapi...


'hati menangis siapa yg tahu'

perkenalan yg xdrncang...persahabatn yg xpnah disedari dan perhubungan yg xpnah diduga...aku trima..bhagia..sgt membahagiakan....bersyukur mempertemukanku dgannya... mmberi 1 kehidupan baru...1 semangat baru untuk aku melupakan yg lama...melupakan si dia yg ku pnah anggap x akan ada pengganti....

dia mampu menggantikan semua itu....
dia mengajar aku erti ketabahan..
dia mengajar aku erti bersabar...
mengajar aku erti bersyukur..
dan juga mengajar aku untuk menghargai apa yg ada d hadapanku skarang...

namun...
sememangnya aku tahu...
akan ada dugaan yg menimpa..
akan ada halangan d tgah jalan..
bahagia tidak kekal selamanya...
aku tahu semua itu...
tapi aku tidak pernah menyiapkan diri utk menghadapi smua itu...
aku leka dgn nikmat kebahagiaan yg smntara...

tapi...
aku juga tahu Allah S.W.T sentiasa ada...
sentiasa bersama kita...
sentiasa mendengar luahan dan rintihan kita...
asalkan d masa senang kita x pnah melupakanNya..
dan aku bersyukur ketika ini..
hatiku menangis tapi Allah mmbantu aku mengubatinya dgn ayat2 Al- Quran..
hati merintih tapi disedarkan diriku utk terus bersolat..
mendekatkan diri kpadaNya...
dan air mataku menitis seusai memohon doa kepadaNya..

aku xdapat mengatakan diriku tabah...
perit yg dihadapi bila mana rahsia ini disimpan kukuh di dalam hati..
ingin diluahkan bersama kawan2..
tapi xtermampu...
hanya mampu meluahkan kepadaNya..
membuatkan aku berasa sedikit menghargai ketabahan yg ada pd diri yg tampak lemah ini...

dia ada tapi bukan di sisiku...
syg itu wujud tapi aku xdapat meluahkannya..
biarlah aku dianggap buruk..dianggap teruk melakukan sebegitu..
asalkan niat baik aku Allah mengetahuinya...

dan sekarang...
teruskan dgn kehidupan..
teruskan mencari kebahagiaan..
teruskan mencari kejayaan..
kerana aku sentiasa berpegang pd kata2 ini..

'kalau ada jodoh, kita akan berjumpa lagi nnti' :)

p/s sgt bahagia tgok percintaan selepas perkahwinan....
      harap aku mampu membuat sedemikian :)


  

Sunday 20 November 2011

20.11.2011~

dear blog..sangt cntik date hari ni tp apa yg jd hari ni ke atas dri aku xsecantik date ari ni...9 pm..everything is over...okeh.that's all..need tme 4 myself..bye

Friday 18 November 2011

yang tersirat xsma dgn yg tersurat ;)

assalamualaikum..

dear blog..lmanya xketemu sma kamu...sedikit kerinduan terasa..sbb d sni aku mluahkan sgalanya..asal ada  msalah je aku cari ini belog...sentiasa setia bersamaku :)

kehidupan yg sgt berwarna warni..ada warna hijau, biru, putih, jingga dan ada jugak yg hitam...tapi yg hitam itu tidak sedikitpon mencacatkan warna2 lain..sbaliknya lebih menjadikan ianya cantik dan pelbagai. ..yg hitam itu akan jadi cantik jika kita pandai bermain dengannya..tapi sekiranya silap langkah, yg hitam itu akan menghilangkan warna2 yang lain...so, be careful.. :)

tapi dalam kehidupan, sebagai hamba yang lemah, kdang2 ada kekhilafan yang dilakukan sehingga warna yang hitam itu bisa mencacatkan warna2 yang lain...ada kelemahan yang terlihat dalam mencorakkan hidup dengan warna yang pelbagai itu.. kelemahan di mana sering kali merungut terhadap ujian yang ditimpakanNya.. sering kali bertanya 'mengapa aku yang diuji sedemikian ini?'..walhal tidakkah diketahui ujian inilah yang akan menguatkan diri dan menjdikan diri itu semakin matang...ujian inilah yang dapat menetapkan iman seseorang dan menentukan kekuatan iman yang ada dalam diri seseorang?

namun.. dalam ketabahan dan senyuman yang diukirkan, tidak siapa tahu apa yang tersirat melainkan Yang Maha Esa... dalam senyuman dan gelak tawa yang ditunjukkan, ada bahagian hati yang terluka..terlalu sakit dan tidak setabah yang disangkakan...gelak tawa dan senyuman itu akhirnya bertukar menjadi air mata yang xhenti2..namun, air mata itu bukan tnda lemah..tetapi menjadi ubat untuk aku terus kuat dalam menempuh hidup yang sgt pendek ini.. :)

xmampu utk sentiasa tersenyum sedangkan hati sedang menangis..
not strong enough.. :\
Ya Allah..plezz gve me strength 2 face all this..